PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DALAM MENJADI TOLAK ANSUR DALAM ORANG ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU .



PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DALAM MENJADI TOLAK ANSUR DALAM ORANG ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU .

KELAS : DAD1S3

NAMA AHLI :
1 . MUHAMMAD ZARFAN IQWAN B SAIFOL NIZAM @ IRWAN (06DAD17F1104)
2. MUHAMMAD ZUL HAFIZAN B HAMIZI (06DAD17F1092)
3. MUHAMMAD IHSAN B ABDUL RAZAK (06DAD17F1124)
4. MUHAMMAD HAZIQ IZZANIE B SUHAIMIE (06DAD17F1096)
5. NAZRIN B RIDZWAN (06DAD17F1144)
6. MUHAMMAD AFHAM B MAMAT (06DAD17F1060)

NAMA PENSYARAH PENGAJIAN MALAYSIA :
 SUHAIMI B SAMAD

SESI 2017
PENDAHULUAN

Penyataan masalah :
1 . SURUHAN JAYA REID MENGATAKAN JIKA MENGAMBIL HAK MELAYU SECARA TINDAK TERANCANG , IA BOLEH MERUNTUHKAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA .
( DALAM PERKARA 153 PERLEMBAGAAN )
2 . PADA TAHUN 1954 , RUNDINGAN KEMERDEKAAN YANG DIKETUAI OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN TELAH GAGAL DI LONDON DIATAS SEBAB BRITISH MENGANGGAP TANAH MELAYU BELUM BERSEDIA UNTUK DIBERI KEMERDEKAAN DAN PENGGUMBALAN PERLEMBAGAAN DENGAN SEPENUHNYA .
3 . MELAYU TIDAK PANDAI BERHUJAH , MELAYU TIDAK MEMAHAMI SEJARAH SENDIRI DAN TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR ATAS KESILAPAN YANG LALU . TIDAK MEMAHAMI KENAPA DIWUJUDKAN KEISTIMEWAAN DALAM PERLEMBAGAAN .
4 . PEMBERIAN DUA KERAKYATAN KEPADA RAKYAT KOMANWEL DAN KERAKYATAN JUS SOLI.  HAL INI AKAN MELEMAHKAN LAGI ORANG MELAYU .


OBJEKTIF PENULISAN .
1 . MEMAHAMI MAKSUD PERLEMBAGAAN DAN PERUNTUKKAN PERUNTUKKAN UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN .
2 . MEMAHAMI SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA , DEMOKRASI BERPARLIMEN , PENGASINGAN KUASA DAN PILIHAN RAYA .
3 . MEMAHAMI CARA UNTUK BANGSA BANGSA MELAYU DAN BUKAN MELAYU BERSATU DALAM MEMUPUK PERPADUAN .







1.     Ancaman kepada Melayu


Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul keberanian luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.
Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.
Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.
Kemudian , Sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin terancam .Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?
Sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan sikap “ ingin tahu “ apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.
Sejarah bangsa Melayu dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh ditolak atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Untuk perkara sebegitu , demokrasi mempunyai ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.


Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain? Suruhanjaya Reid,menyatakan kalau orang Melayu mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu , orang Melayu menyatakan tidak berpendapat bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.
Sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu syarat Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila orang Melayu menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna orang Melayu mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik Melayu memerlukan kesaksamaan dan keadilan.
Selepas itu , Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi Malaysia ?
Laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan mempunyai kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.
Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Rakyat seharusnya memahami sejarah yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.
Seharusnya orang Melayu memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan. Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.
Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Masyarakat Malaysia sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.
Perbincangan antara isu politik dengan isu Perlembagaan harus dibicarakan . Perbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Jika dilihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.
Bersetuju atau tidak jika orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Jika membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.
Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.
Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu orang Melayu memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan orang Melayu. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini.
Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi masyarakat sekarang tidak terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku orang Melayu sebenarnya ada keistimewaan .
Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


2 . Bertolak ansur ke arah perpaduan negara
Satu isu hangat ialah kerakyatan jus soli. Kerakyatan ini yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Ini adalah kerana prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Namun selepas beberapa rundingan dibuat, Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Memang sudah begitu cantik dan kemas susun ayat yang terkandung dalam ‘kontrak sosial’ yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dengan pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India. Akhirnya semua setuju untuk menyelesaikan masalah yang paling rumit ketika itu – kerakyatan Jus Soli.

Isu kerakyatan Jus Soli merupakan isu ‘ duri dalam daging’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin kaum sekiranya kemerdekaan negara hendak dicapai. British masih bertegas bahawa sekiranya ketiga-tiga kaum tidak bersatu hati dan tidak sepakat mereka tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dan kemungkinan British meletakkan syarat berkenaan dengan harapan isu kerakyatan ini tidak akan dapat diselesaikan oleh kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Mungkin British juga  merasakan bahawa isu perpaduan kaum terbesar ini tidak akan dapat tercapai memandangkan British telah pun berjaya menjalankan dasar ‘ pecah dan perintahnya’.

Orang Melayu ‘ bermati-matian ‘ mempertahankan agar kerakyatan Jus Soli tidak diterima. Orang Melayu tentunya tidak dengan senang menyerahkan kerakyatan kepada orang asing, kaum pendatang ia itu orang Cina dan India. Mereka merasakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan negara ini kerana Tanah Melayu adalah negara mereka. Takkanlah negara yang mereka punya hendak diserahkan kepada orang asing. Apatah lagi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand tidak memberikan kerakyatan kepada orang lain – orang Cina misalnya.

Pemimpin ketiga-tiga kaum ketika itu betul-betul dalam dilemma. Hendak ditelan mati emak dan jika diluah mati bapak. Apakah cara mereka hendak menyelesaikan isu yang rumit ini.

Keadaan episode sejarah inilah yang perlu betul-betul difahami oleh setiap kaum di Malaysia kemudian hari. Samada Melayu, Cina atau India. Mereka kena betul-betul faham dan dapat menggambarkan suasana keadaan itu yang amat memerlukan pemimpin kita membuat keputusan yang tepat dan jitu.

·      Negara perlu dimerdekakan.
·      British meletakkan syarat yang ketiga-tiga kaum mesti bersatu dan bersetuju sebelum diberikan kemerdekaan.
·      Orang Melayu membangkang keras pemberian kerakyatan kepada  orang bukan Melayu.
·      Orang asing – Cina dan India mengharapkan mereka diberikan kerakyatan dengan beberapa alasan yang kukuh

Di sinilah letaknya perasaan keikhlasan para pemimpin di Tanah Melayu  yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah kemerdekaan negara. Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan adalah tokoh-tokoh negara yang tidak harus dilupakan jasa mereka oleh anak cucu kita terhadap perjuangan memerdekakan negara.

Diatas semangat keikhlasan juga mereka dapat menyelesaikan masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan. Masing-masing mungkin memikirkan tentang kesejahteraan bangsa mengatasi segala-galanya dalam menyampaikan kata sepakat mereka. Lantas terhasillah kontrak sosial yang amat penting yang setiap kaum harus patuhi sampai hari ini.

·   Raja-Raja Melayu menerima kerakyatan Jus Soli. Orang bukan Melayu pula mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Semenjak zaman awal menuntut kemerdekaan negara, syarat-syarat ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. Tidak pernah dipersoalkan secara terbuka. Walaupun pada mulanya ada sungutan dan perasaan ketidakpuasan hati tentang persetujuan  itu namun setelah beberapa lama setiap kaum saling memahami tentang kepentingan kontrek sosial itu. Setiap kaum akur dan memahami mengapa syarat-syarat itu perlu dipatuhi.

Oleh itu tidak harus ada sesiapa pun yang cuba mempersoal dan menggugat kontrak sosial yang telah termeterai itu. Dengan sebab itulah apabila ada suara-suara sumbang yang meminta dikaji semula kerakyatan yang telah dipersetujui, maka rakyat dari semua kaum dan yang berlainan fahaman politik turut menentangnya. Inilah semangat bangsa Malaysia yang tulin.

Melalui permuafakatan sosial ini, Orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan orang India. Orang Melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu. Sebagai balasan orang bukan Melayu bersetuju agar kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan. Perkongsian orang Melayu ialah memberikan kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli dan balasan orang bukan Melayu pula ialah memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu , mengekalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan Agama Persekutuan, menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu.

Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Antara unsur-unsur Tradisi dalam perlembagaan persekutuan ialah pemerintahan beraja , kedudukan istimewa orang melayu, agama islam dan Bahasa melayu.

Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada system Raja Berpelembagaan.Manakala,kedudukan orang Melayu pula dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.Agama Islam pula dijadikan agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa kebangsaan

Tanah Melayu mungkin tidak Berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa kontrak sosial ini kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. Kontrak sosial ini juga merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

RUJUKAN : http://abuhassanadam.blogspot.my/2013/01/jus-soli.html
Abuhassanadam )




3 . HAK KEISTIMEWA MELAYU
Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang terkandung dalam Perkara 153, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi (Perkara 152) serta Islam sebagai agama rasmi (Perkara 3) di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan diwujudkan semata-mata untuk menjaga kedudukan orang Melayu.
Sebaliknya jelasnya, ia diwujudkan berasaskan fakta serta sejarah penubuhan negara sejak zaman kesultanan Melayu sehingga pembentukan Malaysia yang mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini selain mewujudkan keharmonian dengan kaum- kaum lain.
”Jadi, tiada sebab orang Melayu tidak mempertahankan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia berasaskan kewujudan budaya serta orang Melayu di negara ini selain memelihara kedudukan agama Islam.
”Maka, generasi muda Melayu tidak harus rasa malu untuk pertahankan hak kaum sendiri.
”Sekiranya kita bersikap terlalu mengagungkan budaya orang lain sehingga tidak mempedulikan nasib kaum sendiri, ia tetap tidak akan mengubah hakikat bahawa kita adalah orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Jurang Pembangunan dan Kewajipan Melaksanakan 153 pada Forum Wacana 153 anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.
Perlembagaan itu bukan diwujudkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu sahaja, sebaliknya ia untuk memelihara keharmonian kaum lain di negara ini.
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak kewarganegaraan. Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malysia melalui kuat kuasa undang-undang pendaftaran,permohonan kemasukan dan melalui percantuman wilayah.Kewarganegaraan secara percantuman wilayah pula diberikan kepada penduduk Singapura, Sadah dan Sarawak yang menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.



Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada Bangsa Melayu untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan masyarakat mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individutetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Melalui sejarah, rakyat dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacukemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika adakesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebutmampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagaikecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang palingmaju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampumengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan MelayuMelaka pada abad ke-15.Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakannegara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akanlahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruahnegara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita,serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramaigenerasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagaluntuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang butasejarah negara sendiri.Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatannegara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasimuda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuhdan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadapkontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalanmemahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi inidan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenagauntuk membangun dan mengukuhkan negara.Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan

Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Merekaini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yangtidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikanhalal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepidemi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. PresidenAmerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presidenmengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apayang kita runtuhkan. Contohnya ialah :

1.Dapat mengeratkan hidup rakyat berbilang kaum.
- Perbezaan agama,budaya,dan kaum tidak menghalang hidup dalam harmoni.
- Mengenal asal usul,hak masing-masing,dan peranan yang perlu di lakukan
- Memahami asal usul dapat menghindar perasaan iri.2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
- Mereka berjuang memperjuangkan tanah air daripada penjajahan inggeris.
- Para pejuang berkorban untuk keselesaan anak watan.
- Kemerdekaan secara muafakat menyedarkan kita akan keringat pejuang silam.
3.Memperolehi kemerdekaan lebih mudah berbanding mempertahankannya.
- Hidup senang menyebabkan tidak berwaspada akan kemungkinan buruk.
- Penjajah kini berupa penjajah ekonomi.
- Sejarah berulang dan kita perlu beringat.
4.Dapat menambahkan pengetahuan.
- Berpengetahuan dapat menggerak minda berwawasan.
- Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
- Menyayangi diri sendiri dan bahan sejarah.

RUJUKAN : BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA ( BERMULA DARI MUKA SURAT 79 SEHINGGA MUKA SURAT 80 )
- ( NORMURNI MOHAMMAD , RAZANA FATIN ABDULLAH@RAZALI , MOHAMAD FAIZAL AHMAT )



4 . ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.





Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

            PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.

          Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).


         Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Perbezaan agama dan budaya

        Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha,  Lao-Tza,  Taoisme,  Conficius  manakala  kaum  india  beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga  mempunyai  kebudayaan  yang  tersendiri.  Masalah  perpaduan  ini bukannya  bermula  disebabkan  agama  lain  tetapi  akibat  dari  sikap  jahil terhadap  agama-agama  lain  hingga  banyak  perkara  yang  dilakukan secara  tidak  sengaja  telah  menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.



Masalah Ekonomi

       Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara  kaum  dan  menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  dan  persaingan ekonomi  secara  tidak  sihat.  Ketidakseimbangan  ini  menyebabkan  setiap kaum  saling  mencemburui  satu  sama  lain.  Orang  melayu  mencemburui kemewahan  dan  kejayaan  orang  cina  manakala  orang  cina dan  india mencemburui  kelebihan  orang  melayu  yang  mendapat  peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

RUJUKAN: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm 
Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).








PENUTUP
Kesimpulannya,dari apa yang kami kaji isu perkauman ini boleh menyebabkan pecah-belah antara kaum dan seterusnya akan menggugatkan keamanan dan ketenteraman negara.Isu perkauman ini amat sensitive jika dipertikaikan,contohnya peristiwa 13 Mei yang menyebabkan negara Malaysia darurat di antara kaum Melayu dan Cina.
Selain itu, jika perpaduan kaum dapat dieratkan semangat patriotisme dapat disematkan dalam jiwa setiap warganegara. Hidup dalam keadaan harmoni dan tenteram boleh mengeratkan silaturahim antara jiran tetangga dari kaum yang lain seperti India,Cina dan Melayu.
Di samping itu, kami sebagai pelajar politeknik tidak ingin isu perkauman seperti petikan di atas berulang kembali kerana isu perkauman ini akan menyebabkan kami berusuhan antara satu sama lain dan kami ingin hidup dalam keadaan yang sangat harmoni.
Seterusnya, saya dan kumpulan saya telah mendapat pelbagai masalah dan cara penyelesaian untuk masalah perkauman ini agar tiada lagi isu-isu tersebut bangkit dan kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa serta bertegur sapa antara satu sama lain
Akhir sekali, saya dan kumpulan saya berharap agar semua warga Malaysia yang berbilang kaum dapat mewujudkan suasana yang gemilang disebabkan kita ingin menyambut Wawasan 2020 yang akan datang tidak lama lagi. Sepatutnya rakyat Malaysia perlulah berfikiran rasional dan professional dalam menangani masalah perkauman ini. Sekian itu sahaja dari kami dan terima kasih kepada Ust. Suhaimi Bin Samad yang telah memberi tugasan ini kepada kami.  






LAMPIRAN
4.      BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA


Comments

  1. MGM Grand Hotel and Casino - DRMCD
    MGM Grand Hotel and Casino. 4/4. $27.60. 김해 출장샵 In Stock. 1. Hotel. 4/5. $27.60. In Stock. 여수 출장안마 1. 의왕 출장마사지 Hotel. 4/6. $27.60. In 부산광역 출장안마 Stock. 1. Hotel. 4/6. $27.60. In 오산 출장안마 Stock.

    ReplyDelete

Post a Comment